Wednesday, November 29, 2006

Mengurus Kewangan Keluarga

oleh :manstone 5

Sebenarnya tiada panduan atau formula yang terbaik untuk kita ikuti dalam menguruskan kewangan sendiri, cuma disiplin yang ketat untuk memastikan kejayaan.
Setiap individu mempunyai cara pengurusan yang tersendiri kerana apa yang mereka lakukan adalah dari didikan kedua ibubapa sejak dari kecil hinggalah kealam persekolahan, alam perkerjaan dan seterusnya.
Disini saya terangkan cara contoh-contoh bagaimana nak lepaskan dari beban kewangan bila dah capai umur 40 atau 45 tahun.

Bujang
Bila mana kita mula bekerja kita mestilah ada perancangan untuk 1, 5, 10 atau 20 tahun.
1. Beli Insuran yang difikirkan perlu dan mengikut kesesuaian masing-masing.
2. Ketepikan 1/10 atau 2/10 untuk simpanan dalam bentuk kecairan tunai atau pun pelaburan.
3. Kalau ada lebihan dari pendapatan bulanan mulalah cari aset dalam bentuk hartanah.
4. Kiranya ada lagi lebihan gunakan untuk berkongsi niaga dengan orang tua atau saudara mara yang mempunyai ternakan.

Bila dah berumahtangga
Perkongsian pintar, kerana bermula dari hari pertama kita berumahtangga kita berkongsi segala-galanya dengan pasangan kita.
1. Teruskan rancangan kewangan masa bujang agar kesinambungan.
2. Berbincang dengan pasangan dan buat penyusunan semula program kewangan anda.
3. Beli Insuran yang sesuai untuk pasangan kita mungkin ia tidak mempunyai lagi dan amat berguna dimasa kecemasan.
4. Gunakan wang dalam KWSP untuk membuat pelaburan unit trust bila dah layak. ( Berisiko rendah )

Suami + Isteri + Anak
1. Bila dapat anak buka akaun Tabung Haji dan BSN atas nama akaun bersama dan simpan setiap bulan RM 100 ( RM 50 ke setiap akaun ) atau set kan target RM 1000 untuk setiap anak setiap tahun. ( Simpanan dalam Tabung Haji dan BSN tidak dikenakan cukai pendapatan seperti simpanan yang lain. )
2. Beli Insuran pendidikan kerana dengan kita tak pasti dengan sistem pendidikan yang ada sekarang kadang kala mereka yang betul memerlukan wang untuk menyambung pelajaran kurang diberi perhatian dan kewujudan IPTS bak cendawan tumbuh lepas hujan. ( Insuran jenis ini dikecualikan dari cukai pendapatan )
3. Beli Insuran Hayat (Takaful) seawal kelahiran mereka dan bila mereka dah berumur 18 tahun boleh ditebus atau biarkan mereka saja yang meneruskan bayaran untuk seterusnya.
4. Kalau mampu beli Insuran kesihatan, kerana ada penyakit kritikal selalunya di hospital kerajaan amat lambat untuk mendapat rawatan. Tetapi Insuran ni jenis hangus apabila cukup setahun.
5. Pelaburan hartanah juga sama penting dengan simpanan tunai dan tiada nilai susut. Konsep satu anak satu rumah tu boleh tetapi bolehkah kita melaksanakannya. Terpulang pada individu.

Tips :
i) Bila anak dah habis belajar peringkat menengah dan ingin sambung belajar ke Universiti masa ni kita akan gunakan samada Insuran pendidikan, Tabung Haji atau BSN kiranya mereka tidak mendapat pinjaman ataupun biasiswa. Terpulang pada kita nak buat apa dengan duit itu kiranya mereka belajar hingga tahap menengah. Boleh juga digunakan untuk mereka apabila mereka nak mendirikan rumahtangga. ( Kenduri kendara )
ii) Setiap kali musim hariraya kanak-kanaklah yang paling gembira kerana dapat duit raya. Semaikan sifat jimat cermat semasa anak masih kecil. Simpan duit raya mereka dan tunjukan buku simpanan mereka kerana ia akan membakar semangat mereka untuk menabung dimasa akan datang.

Secebis petikan buku Rahsia Menuju Kekayaan nukilan Chef Li
1) Simpan 1/10 untuk dilupakan.
2) Simpan 1/10 untuk lunaskan hutang.
3) Simpan 1/10 untuk Zakat/Kenduri/Sedekah.
4) Gunakan 2/10 untuk sekeluarga.
5) Gunakan 1/10 untuk diri sendiri.
6) Berikan 1/10 untuk orang tua kita.
7) Laburkan 2/10 Untuk digandakan semula.
8) Laburkan 1/10 untuk perniagaan.
Macam mana dengan penerangan boleh ke tak, tepuk dada tanya selera. Apa yang saya berikan diatas beberapa bentuk simpanan paling simple. Pokok pangkal kita berusaha keras dengan dan mendisiplinkan diri, Insyallah kalau umur 40 atau 45 tahun tiada lagi bebanan. Itu tak termasuk duit pencen / KWSP ataupun Insuran.

No comments: