Apakah yang dimaksudkan dengan “Financial Freedom” atau Kebebasan Kewangan atau merdeka kewangan?
Secara mudahnya ia berlaku apabila kita tidak perlu bekerja untuk menghasilkan wang, sebaliknya wang yang bekerja untuk kita. Lain macam jer bunyinya…BAGAIMANA?
Agar wang dapat bekerja untuk kita, kita perlulah meletakkan wang disatu tempat yang boleh menghasilkan wang yang cukup untuk keperluan kita. Contohnya:-
Kita perlukan Rm1,600 sebulan untuk perbelanjaan dan keperluan. Untuk itu kita perlu melaburkan RM200,000 di tempat yang boleh memberi pulangan sekurang-kurangnya 10% setahun. (Misalnya didalam ASB). RM200,000 x 10% = RM20,000 setahun, RM 1,600 sebulan.
Diatas hanya contoh sahaja. Kalau melabur di ASB, kita boleh “combine” dengan isteri untuk menambah pelaburan sehingga RM400,000- kerana had pelaburan ASB ialah RM200,000. Katalah dividen dan bonus secara purata = 9%.. (berdasarkan tahun-tahun lalu), maka kita akan beroleh RM36,000 setahun iaitu RM3,000 sebulan.
Cuma soalnya dimana nak mendapat RM 200,000 atau RM 400,00 untuk dilaburkan ke satu pelaburan yang boleh menghasilkan pendapatan yang berterusan (passive income) memerdekakan kita dari belenggu kewangan. Jangan berhutang kerana ianya hanya menambahkan beban. Oleh itu kita mungkin perlu mencari idea-idea bisnes yang halal, unik dan baik utuk mencapai kemerdekaan kewangan.
Sunday, November 26, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment