Sunday, November 26, 2006

Pendapatan Sampingan - Jana Wang melalui bisnes internet





Pertama sekali mesti ada idea..nak bisnes apa.
Sesuatu yang unik dan yang biasanya orang perlu kepada barang atau perkhidmatan itu.

Bisnes di Internet bukanlah sesuatu yang baru sekarang. Apa bisnes pun memerlukan modal, sekurang-kurangnya ilmu tentang bisnes. Dan bisnes juga perlu keberanian. Boleh mula berniaga kecil-kecilan jika tiada modal yang besar. Yang penting sabar dan istiqamah, bukan nak cepat kaya. Pengasas jobstreet.com pun mengambil masa 6 tahun baru balik modal.

Kalau berniaga, jangan semata-mata kejar keuntungan. Berniagalah sesuatu yang bermanafaat kepada masyarakat. Apabila kita berbakti, inshaAllah ada rezeki.

No comments: