Wednesday, December 06, 2006

Halal atau Haram Pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputera)

Dari laman web JAKIM (search ASB di http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf )

Mengikut fatwa negeri Perak dan Kedah, pelaburan dalam ASB adalah harus dan dividennya halal .Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah melabur dalam ASB adalah harus. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal. Mengikut fatwa negeri Kedah dan Perak hukum melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal.

Keputusan Fatwa Negeri Terengganu
Mesyuarat bersetuju menegaskan bahawa sebarang pelaburan yang menyalahi hukum syarak adalah haram. Oleh itu pelaburan dengan mana-mana pihak yang menjalankan urusniaga secara tidak pasti halalnya hendaklah diberhentikan.

Keputusan Fatwa Negeri Selangor
1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASBKeputusannya :” Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara’ ”

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya” Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Mengurus kewangan mengikut perspektif Islam

Hak keatas keluarga, orang miskin….Jangan boros

Isra ‘[26] Dan berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros. Isra’ [27]Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Cara mengagihkan wang

Isra’ [28] Dan jika kamu berpaling dari mereka, kerana mencari rezeki dari Tuhanmu yang kamu harapkan, maka ucapkanlah kepada mereka ucapan yang lembut. [29] Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkan dengan sehabis-habisnya, akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela dan menyesal.

Rezeki urusan Allah

Isra [30] Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. [31] Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

Tuesday, December 05, 2006

Bisnes MLM and Internet

Bisnes MLM

When asked on the Tonight Show what he would do if he had to start over again from scratch, Donald Trump stated, “MLM. It is a wonderful combination of being your own boss and being mentored. It has a support system built right in and usually pretty neat products! I was involved with a company for a while and the people were fabulous, products were great and the system of support was wonderful to have. I hear the same is true for many network marketing direct sales companies! I think MLM companies are great!"

Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)" : Donald Trump

Bisnes Internet
"Kuasa internet adalah suatu kuasa yang tidak dapat dibayangkan. Cepat dan tanpa sempadan" : Bill Gates

Pengguna Internet terkini Dunia seramai 1.04 billion, di mana Pengguna dari Asia adalah yang teramai sekali iaitu 380 juta. Pengguna Internet Malaysia adalah 10.04 juta, Indonesia 18 juta, Thailand 8.42 juta, Phillippines 7.82 juta, Taiwan 13.8 juta dan Vietnam 10 juta.

Statistik ini menunjukkan bahawa potensi perniagaan melalui internet semakin berkembang dengan pesat dan pantas. Perkembangan ini sudah tentu akan mengubah gaya dan kehidupan seluruh penduduk dunia. Perniagaan global dan tanpa sempadan melalui internet ini akan terus mendapat perhatian.

Perniagaan internet di Malaysia sedang bermula. Ia akan menjadi semakin rancak dan berkembang dengan pesatnya. Kerajaan adalah penyumbang langsung ke arah ini kerana ia telah dapat menjanakan minat dan kesedaran rakyat dengan melaksanakan e-commerce, e-perolehan, e-covernote, e-hasil, dll.

E-banking dengan diterajui oleh maybank2u.com.my telah membiasakan masyarakat Malaysia dengan internet-banking. Telekom Malaysia berkembang pesat dengan Streamyx Broadband, menawarkan perkhidmatan murah dan pantas tanpa-henti 24 jam semudah menggunakan telefon atau TV Astro.

JANGANLAH KITA MENJADI ORANG YANG SIBUK MENCARI ALASAN, SEDANGKAN ORANG LAIN SIBUK MENCARI WANG BERGERAK PASTAS, BIJAK MENGATASI HALANGAN.

Wednesday, November 29, 2006

Mengurus Kewangan Keluarga

oleh :manstone 5

Sebenarnya tiada panduan atau formula yang terbaik untuk kita ikuti dalam menguruskan kewangan sendiri, cuma disiplin yang ketat untuk memastikan kejayaan.
Setiap individu mempunyai cara pengurusan yang tersendiri kerana apa yang mereka lakukan adalah dari didikan kedua ibubapa sejak dari kecil hinggalah kealam persekolahan, alam perkerjaan dan seterusnya.
Disini saya terangkan cara contoh-contoh bagaimana nak lepaskan dari beban kewangan bila dah capai umur 40 atau 45 tahun.

Bujang
Bila mana kita mula bekerja kita mestilah ada perancangan untuk 1, 5, 10 atau 20 tahun.
1. Beli Insuran yang difikirkan perlu dan mengikut kesesuaian masing-masing.
2. Ketepikan 1/10 atau 2/10 untuk simpanan dalam bentuk kecairan tunai atau pun pelaburan.
3. Kalau ada lebihan dari pendapatan bulanan mulalah cari aset dalam bentuk hartanah.
4. Kiranya ada lagi lebihan gunakan untuk berkongsi niaga dengan orang tua atau saudara mara yang mempunyai ternakan.

Bila dah berumahtangga
Perkongsian pintar, kerana bermula dari hari pertama kita berumahtangga kita berkongsi segala-galanya dengan pasangan kita.
1. Teruskan rancangan kewangan masa bujang agar kesinambungan.
2. Berbincang dengan pasangan dan buat penyusunan semula program kewangan anda.
3. Beli Insuran yang sesuai untuk pasangan kita mungkin ia tidak mempunyai lagi dan amat berguna dimasa kecemasan.
4. Gunakan wang dalam KWSP untuk membuat pelaburan unit trust bila dah layak. ( Berisiko rendah )

Suami + Isteri + Anak
1. Bila dapat anak buka akaun Tabung Haji dan BSN atas nama akaun bersama dan simpan setiap bulan RM 100 ( RM 50 ke setiap akaun ) atau set kan target RM 1000 untuk setiap anak setiap tahun. ( Simpanan dalam Tabung Haji dan BSN tidak dikenakan cukai pendapatan seperti simpanan yang lain. )
2. Beli Insuran pendidikan kerana dengan kita tak pasti dengan sistem pendidikan yang ada sekarang kadang kala mereka yang betul memerlukan wang untuk menyambung pelajaran kurang diberi perhatian dan kewujudan IPTS bak cendawan tumbuh lepas hujan. ( Insuran jenis ini dikecualikan dari cukai pendapatan )
3. Beli Insuran Hayat (Takaful) seawal kelahiran mereka dan bila mereka dah berumur 18 tahun boleh ditebus atau biarkan mereka saja yang meneruskan bayaran untuk seterusnya.
4. Kalau mampu beli Insuran kesihatan, kerana ada penyakit kritikal selalunya di hospital kerajaan amat lambat untuk mendapat rawatan. Tetapi Insuran ni jenis hangus apabila cukup setahun.
5. Pelaburan hartanah juga sama penting dengan simpanan tunai dan tiada nilai susut. Konsep satu anak satu rumah tu boleh tetapi bolehkah kita melaksanakannya. Terpulang pada individu.

Tips :
i) Bila anak dah habis belajar peringkat menengah dan ingin sambung belajar ke Universiti masa ni kita akan gunakan samada Insuran pendidikan, Tabung Haji atau BSN kiranya mereka tidak mendapat pinjaman ataupun biasiswa. Terpulang pada kita nak buat apa dengan duit itu kiranya mereka belajar hingga tahap menengah. Boleh juga digunakan untuk mereka apabila mereka nak mendirikan rumahtangga. ( Kenduri kendara )
ii) Setiap kali musim hariraya kanak-kanaklah yang paling gembira kerana dapat duit raya. Semaikan sifat jimat cermat semasa anak masih kecil. Simpan duit raya mereka dan tunjukan buku simpanan mereka kerana ia akan membakar semangat mereka untuk menabung dimasa akan datang.

Secebis petikan buku Rahsia Menuju Kekayaan nukilan Chef Li
1) Simpan 1/10 untuk dilupakan.
2) Simpan 1/10 untuk lunaskan hutang.
3) Simpan 1/10 untuk Zakat/Kenduri/Sedekah.
4) Gunakan 2/10 untuk sekeluarga.
5) Gunakan 1/10 untuk diri sendiri.
6) Berikan 1/10 untuk orang tua kita.
7) Laburkan 2/10 Untuk digandakan semula.
8) Laburkan 1/10 untuk perniagaan.
Macam mana dengan penerangan boleh ke tak, tepuk dada tanya selera. Apa yang saya berikan diatas beberapa bentuk simpanan paling simple. Pokok pangkal kita berusaha keras dengan dan mendisiplinkan diri, Insyallah kalau umur 40 atau 45 tahun tiada lagi bebanan. Itu tak termasuk duit pencen / KWSP ataupun Insuran.

Pengiraan pendapatan simpanan ASB (Amanah Saham Bumiputera)

Dari segi pengiraan dividen ASB, ia mengambilkira baki selepas 8hb utk setiap bulan dan baki terendah akan diambil bagi bulan-bulan berkenaan. Manakala sebarang baki antara 1 hingga 7 hb tidak diambilkira bagi pengiraan Baki Minimum Bulanan (BMB), dan sebagai makluman cara pengiraan dividen ini yg menarik minat pelabur utk melabur kerana pelabur boleh mengosongkan akaun mereka dlm masa seminggu dan laburkan kembali dan akan menikmati keuntungan dividen yg sama dgn pelabur yg tidak membuat sebarang pengeluaran.

Tuesday, November 28, 2006

Menguruskan hutang

Bolehkah kita hidup tanpa berhutang?

Kebanyakan orang tidak boleh mengelak daripada berhutang. Kita perlu melihat samada perbelanjaan seharian dan bulanan kita itu adalah untuk keperluan atau untuk kemewahan. Kalau ianya untuk kemewahan, maka harus kita tangguhkan perbelanjaannya jika kita tidak mampu pada waktu itu.

Walaupun pada waktu sekarang ini banyak kemudahan kredit yang ada - seperti kad kredit, bayar ansuran dan personal loan - memudahkan orang untuk meminjam wang, dan membenarkan mereka untuk membeli barangan-barangan untuk kemewahan.
Jadi, kita harus melihat kemampuan kita. Jangan terlalu memikirkan untuk meminjam wang, hanya kerana ia mudah untuk meminjam wang! Kadang-kala, adalah jauh lebih baik untuk membeli barangan secara tunai.

Kita mesti fikir : Mampukah kita untuk membayar-balik wang pinjaman itu tanpa gagal pada setiap bulan, sementara pada masa yang sama, kita tidak mengurangkan perbelanjaan seharian yang perlu, seperti makanan seharian, perbelanjaan persekolahan anak-anak, rumah dan sebagainya.

Sebaiknya ialah hutang itu tidak melebihi 30% daripada gaji bulanan. Ia tidak akan memberatkan kita untuk membayar-balik hutang itu setiap bulan.”

latarbelakang Jutawan Syed Mokhtar Al Bukhary


Latarbelakang Syed Mokhtar al-bukhary
Umur - 53 tahun,
Pendidikan - SPM,
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg.Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan BankMuammalat
Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam,Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini

Sunday, November 26, 2006

Financial Freedom | Kebebasan dan Kemerdekaan Kewangan

Apakah yang dimaksudkan dengan “Financial Freedom” atau Kebebasan Kewangan atau merdeka kewangan?

Secara mudahnya ia berlaku apabila kita tidak perlu bekerja untuk menghasilkan wang, sebaliknya wang yang bekerja untuk kita. Lain macam jer bunyinya…BAGAIMANA?

Agar wang dapat bekerja untuk kita, kita perlulah meletakkan wang disatu tempat yang boleh menghasilkan wang yang cukup untuk keperluan kita. Contohnya:-
Kita perlukan Rm1,600 sebulan untuk perbelanjaan dan keperluan. Untuk itu kita perlu melaburkan RM200,000 di tempat yang boleh memberi pulangan sekurang-kurangnya 10% setahun. (Misalnya didalam ASB). RM200,000 x 10% = RM20,000 setahun, RM 1,600 sebulan.

Diatas hanya contoh sahaja. Kalau melabur di ASB, kita boleh “combine” dengan isteri untuk menambah pelaburan sehingga RM400,000- kerana had pelaburan ASB ialah RM200,000. Katalah dividen dan bonus secara purata = 9%.. (berdasarkan tahun-tahun lalu), maka kita akan beroleh RM36,000 setahun iaitu RM3,000 sebulan.

Cuma soalnya dimana nak mendapat RM 200,000 atau RM 400,00 untuk dilaburkan ke satu pelaburan yang boleh menghasilkan pendapatan yang berterusan (passive income) memerdekakan kita dari belenggu kewangan. Jangan berhutang kerana ianya hanya menambahkan beban. Oleh itu kita mungkin perlu mencari idea-idea bisnes yang halal, unik dan baik utuk mencapai kemerdekaan kewangan.

Pendapatan Sampingan - Jana Wang melalui bisnes internet





Pertama sekali mesti ada idea..nak bisnes apa.
Sesuatu yang unik dan yang biasanya orang perlu kepada barang atau perkhidmatan itu.

Bisnes di Internet bukanlah sesuatu yang baru sekarang. Apa bisnes pun memerlukan modal, sekurang-kurangnya ilmu tentang bisnes. Dan bisnes juga perlu keberanian. Boleh mula berniaga kecil-kecilan jika tiada modal yang besar. Yang penting sabar dan istiqamah, bukan nak cepat kaya. Pengasas jobstreet.com pun mengambil masa 6 tahun baru balik modal.

Kalau berniaga, jangan semata-mata kejar keuntungan. Berniagalah sesuatu yang bermanafaat kepada masyarakat. Apabila kita berbakti, inshaAllah ada rezeki.

Wednesday, November 22, 2006

Panduan Mengurus Kewangan Bakal Pengantin



Musim cuti sekolah ini biasanya ramai orang melangsungkan perkahwinan. Kepada yang merancang untuk berkahwin, dapatkan buku panduan ini pada harga yang berpatutan.
Kalau nak jimat duit buat kad kawin, boleh buat sendiri guna "Microsoft Publisher". Ada format untuk "wedding invitation card". Untuk letak gambar (clipart) seperti masjid, stesen minyak,Untuk letak gambar seperti masjid, stesen minyak, masuk

Tuesday, November 21, 2006

Cara kira loan rumah

Untuk lebih mudah, anda juga boleh lawati website ini atau mana site yang ada calculator.

http://www.yourmortgage.com.au/calculators/repay_basic/

Setelah anda masukkan loan amount = 250,000, interest rate = 3.5%, loan period = 30 tahun, keputusannya:-

Loan Details

Loan amount: 250,000

Interest rate: 3.5%

Loan term: 30 years

Payment Frequency -Repayment Amount -Total Interest

  • Monthly: $1,123 $154,140
  • Weekly: $258 $153,884
  • Fortnightly: $516 $153,961
  • Half monthly paid fortnightly: $561 $131,203

    Dari monthly installment berjumlah $1,123 tadi, $7xx digunakan untuk membayar interest manakala $3xx digunakan untuk membayar Principal. Namun jumlah interest akan berkurangan setelah semakin lama anda membayar. Dan jumlah yang diguna untuk membayar Principal akan meningkat. Sila rujuk jadual dibawah.

    Loan Amortisation Table
  • Month / Principal / Interest /Balance
    1 729.17 393.45 249,606.55
    2 728.02 394.59 249,211.96
    3 726.87 395.74 248,816.22
    4 725.71 396.90 248,419.32
    5 724.56 398.06 248,021.27
    1 6 723.40 399.22 247,622.05
    7 722.23 400.38 247,221.67
    8 721.06 401.55 246,820.12
    9 719.89 402.72 246,417.40
    10 718.72 403.89 246,013.51
    11 717.54 405.07 245,608.43
    12 716.36 406.25 245,202.18


    Nota:-

    Principal adalah loan amount atau jumlah yang dipinjam.

Cara Nak Jimat Duit dengan Mengurangkan Loan Rumah Anda

Ini pun idea drp buku Azizi Ali:
Ini adalah salah satu cara bagi mengurangkan tempoh loan rumah anda dan total interest yang dibayar:-

Contoh Loan Rumah
Anda membeli sebuah rumah berharga RM150,000.00, dengan tempoh pinjaman Loan Bank 360 bulan (30 tahun) , dan katakan interest rate 6%.
• Principal bulanan dan bayaran interest = RM 899.33
• Total Interest sepanjang tempoh Loan = RM 173,757.00

Menggunakan Bi-Weekly Option (Bayar 2 minggu sekali / 2 kali sebulan)
Iaitu, dengan membahagi-duakan bayaran loan bulanan RM899.33 / 2 = RM449.67.
Awal bulan bayar RM449.67 (sebelum 15hb),
kemudian baki RM449.67 dibayar pada hujung bulan.
• Bayaran Bi-Weekly = RM449.67
• Total Interest sepanjang tempoh Loan = $135,294
• Tempoh loan dikurangkan kepada 24 tahun, instead of 30 tahun.
Jumlah pertama dibawah menunjukkan baki loan dihujung tahun selepas membuat bayaran loan mengikut bulanan (bayar macam biasa, bayar loan hanya pada hujung bulan).
Jumlah kedua menunjukkan baki loan dihujung tahun selepas membuat bayaran loan mengikut bayaran bi-weekly (2 kali sebulan).

Perbandingan:-
Monthly payment Bi-weekly
Tahun 1
RM148,157 vs. RM147,198 (Perbezaan M959)
Tahun 2
RM146,202 vs. RM144,224 (Perbezaan RM1978)
Tahun 3
RM144,126 vs. RM141,066 (Perbezaan RM3060)
Tahun 4
RM141,922 vs. RM137,715 (Perbezaan RM4207)
Tahun 5
RM139,581 vs. RM134,157 (Perbezaan RM5424)
Tahun 6
RM137,097 vs. RM130,380 (Perbezaan RM6717)
Tahun 7
RM134,459 vs. RM126,371 (Penjimatan RM8088 to date)
Penjimatan berlaku setiap tahun kerana anda telah membayar lebih (13th month) dengan kaedah ini.
Maka bila perkiraan interest dilakukan oleh bank, interest akan berkurangan kerana anda dah bayar lebih.

ATAU

Cara Lain Untuk Kurangkan Loan Rumah Anda - Bayar lebih sedikit jumlah ansuran bulana
Jika:
a.) Anda tak larat ke bank 2 kali sebulan, dan tak cukup masa...
b.) Direct-debit bank anda tak benarkan bayaran dibahagi 2 macam tu...
c.) Bank anda tak benarkan bayaran beransuran macam tu.
MAKA anda boleh:
Dengan menggunakan contoh yang sama (interest 6%, loan RM150,000):
CONTOH:
Bayaran ansuran bulanan loan rumah anda = RM899.33

Bahagikan nilai tersebut dengan 12 = RM899.33 / 12 = RM75

MAKA, setiap bulan anda bayar RM899.33 + RM75 = RM974.33 atau RM975.

Dan tempoh loan 30 tahun akan berkurang kepada 24 tahun.
Bila anda berbuat sedemikian, tempoh loan dan interest anda akan berkurangan dengan tersendiri. Ini kerana anda dah bayar loan lebih sebulan (13th month) setiap tahun.
Kalau tak percaya, pergi kira sendiri dgn calculator kat website ni:
http://www.reduce-my-mortgage.com/calculate.htm
Mengikut contoh diatas, kalau ada wang lebih, setiap bulan bayar terus RM1000, dan anda akan jimat lagi banyak, dan tempoh loan dapat dikurangkan lagi.

Sim pinjaman ASB untung atau rugi

Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.

Contoh:Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.

Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman——————————————

Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,82 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.

Untung atau rugi?
Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.

Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintainmembayar bulanan kpd loan
————————————————————————————————
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahunadalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000
Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.

Untung pada mata kasar ==> RM 64,64

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’.

Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000
—————————————————————
Kehilangan Keuntungan RM 143,018

Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !

Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adal h untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.

Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.
Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang.

Monday, November 20, 2006

Mengapa perlu insurans (atau takaful)

Need for a life insurance policy:

There are several reasons for an individual, specifically a breadwinner, to make out a life insurance policy. To assuage your concern for your family in case of your death, most life insurance policies offer various death benefits that take care of your family after your death:

1. For example, a member of your family may have some special needs. You can buy a life insurance policy that will act as an emergency fund in the event of your untimely death.

2. If you want to make sure that your child gets quality education even after your death, a life insurance can also work as a fund for your child’s education.

3. An insurance policy will ensure the maintenance of your family’s standard of living.

4. Your family can also use it to clear personal and business debts, after your death.

Dividen ASB

PNB dividen record

ASB - Pengagihan bersih per unit (sen)
1998 =8.00
1999 =10.50 (pnb bonus paling tinggi sepanjang 8 tahun kebelakang)
2000 = 9.75
2001 = 7.00
2002 = 9.00
2003 = 9.25
2004 = 9.25
2005 = 9.00 (7.25 + 1.25)

Sunday, November 19, 2006

Pelaburan bijak untuk jadi jutawan

Simpan/labur dimana?

Anda boleh memilih untuk menyimpan/melabur di:-

  • Fixed deposit - 4%
  • Unit Trust termasuklah ASB - 7-8%
  • Insuran/takaful untuk diri sendiri dan keluarga pun boleh dikira saving juga.
  • property (hartanah)
  • stock, forex etc

    Yang paling bawah senarai diatas, risikonya lebih tinggi, jadi kemungkinan untuk rugi pun tinggi jugak… (High risk, high return)

    Paling baik ialah ASB, duit pun selamat(sebenarnya pulangan (return) ASB lebih tinggi dari itu, tapi dlm bentuk dividen dan bonus, utk senangkan pengiraan kita ambik bahagian dividennya shaja iaitu 7%….

    Lagi satu bank rakyat pun selamat dan tinggi pulangan nya…. 5 thn berturut turut bagi 15% return….. tapi sekarang ni dibekukan (freeze)

    Banyak atau sikit tu tak penting , yg penting START SIMPAN awal….. kalau tak mampu 700, start lah ngan 200-300 dulu… yg penting start awal….. cth pengiraan yg saya buat sebelum ini (pulangan 7% simpan selama 30 th dapat 1 million). Kalau saya lewat simpan 5 tahun, dah rugi RM300k….. dalam investment ni masa lebih penting dari jumlah duit yg kita simpan….. sbg contoh

    Cth1
    A: simpan 500 sebulan utk 30 thn, after 30 thn akan ada - RM606k
    B: simpan 500 sebulan utk 25 thn, after 30 thn akan ada - RM406k
    so beza (different) dlm 5 thn dah RM200k

    Cth2
    A: simpan 500 sebulan utk 30 thn, after 30 thn akan ada - RM606k
    B: kena simpan lebih kurang RM800 sebulan utk dpt jumlah yg sama..
    *** semua pengiraan berdasarkan 7% return

    So, simpan awal walaupun sikit lebih penting…. jgn nak tunggu banyak baru boleh simpan….. insyallah kalau dah kerja lama bolehlah tambah lagi setiap bulan… pengiraan yg kita buat adalah sebagai panduan sahaja… kalau kita boleh simpan lebih, lagi cepatlah kita bersara.

Thursday, November 16, 2006

Jadi jutawan dengan hanya menyimpan duit…dalam ASB

Untuk sebut perkataan jutawan macam semuanya indah tapi nak tambah angka kecil ke angka besar memang payah… serius… ok.. wang adalah benih kepada wang !! jangan lupa kata kata ini o.k…

:: jadi, kita kena disiplin utk simpan duit dan mencapai sasaran juta dengan cara simpan duit… tak mustahil… … kalau tak mencecah juta pun, ratus ribu pun kira Ok lah… ye tak…
Insya-Allah… bukan nak mengejar duit semata mata tetapi adalah rugi rakyat malaysia tak kaya di bumi sendiri… dan jangan lupa Allah… :: ok… katakan umur saya 23 tahun… saya target pada umur 25 tahun start menyimpan secara serius… 2 tahun tu utk cuba cubaan.:: target sampai 30 tahun menyimpan… umo 55 tahun baru dapat menikmati hasil tuaian… simpan dalam ASB…

:: ok utk tahun pertama ke tahun ke-10, RM600 sebulan dengan dividen+ faedah 7% … dapat RM 106,441. 92..
<— tengok, dalam masa 10 tahun dapat RM100 K!!

:: tahun ke- 11 ke tahun ke -20, RM 800 sebulan dengan dividen+faedah = 7% , dapat RM 351,309.91 <— hah tengok! dah 20 tahun dapat RM300 K !! leh beli keta merc cash lagi… ( wawasan 2020 hangat !! )

:: ok terus kan , utk tahun ke-21 ke tahun ke-30, RM 1000 sebulan dengan faedah = 9% ( kira nya ekonomi semakin bagus, ye la lepas wawasan 2020 !! ).. jumlah sekali RM 1, 030, 401.84
<—- dan wow !!! angka juta… dengan hanya menyimpan duit… dalam ASB… ( ASB sangat2 direkomen oleh Azizi Ali dan paling stabil !! )

:: dan memang tak dinafikan tak semua orang boleh mencapai sasaran itu tapi tak mustahil la kawan kawan… betul la kata orang, tengok status, kerja, famili dan sebagainya lagi… dan saya berdoa agar kalian semua beroleh kejayaan… !!!

Wednesday, November 15, 2006

Six simple Saving Scheme

(Save yourself - The Art and Science of Saving)

1. Think of saving as a fixed monthly expense. Saving is sometimes you must do, like paying your mortgage, even it’s only a small amount every month. While there is no magical number for how much you should save, 10 % of your monthly income is a realistic amount to aim for. If you manage to save more than that, all the better. some financial profesionals recommendedthat you put 10% into your retirement scheme alone, and another 5% into a saving account.

2. Use the money in your current account to pay your daily living expenses, and keep the money in your savings account sacrosanct. You should aim to built up a cushion of no less than three lonts income in your savings account, for emergencies.

3. To make saving easier, enroll in a savings plan that automatically deducts money (the amount is determined by you) from your current account each month. That way, you wont be tempted to spend it.

4. Dont save your hard-earned money under the matress, where a mouse or a burglar might find it. Isstead, invest in a pension scheme, like KWSP.

5. Invest in a money market fund. Nearly as save as bank’s saving account, these funds pay a higher interest rate. You can buy a money market fund through a unit trust company, a brokage firm or a bank. And you can have monry automatically drawn from your pay cheque and in the fund before you get your hands on it.

6. Set a saving target for the year - 10% of your annual income, at a minimum - to give your self something to aim for. If you reach your goal early, treat yourself. Spend your equivalent of you put away each month - new (not saved) money - on something you really want. It isa treat that you have earned.If you dont achieved your goal early, bear down and keep saving until you do.

Sunday, November 12, 2006

Berapa banyak untuk disimpan?

Berapa banyak tu tak penting rasanya.. yang penting kena allocate satu amount tetap setiap bulan.... say RM500.00 sebulan so setiap bulan walauapapun terjadi kena gak asingkan RM500.00 tu utk saving...saving tu pulak maybe dalam bentuk saving/current acc. ke ataupun dlm btk insurance ke .......tapi yang ideal rasa nya dalam 10%-20% dari jumlah pendapatan kot... tupun kalau tak banyak hutang atau komitmen lain....

Rule of thumb 10% drp u punyer gaji, lagi banyak lagi bagus ( tapi kalau banyak sgt tak elok jugak, hidup hanya sekali beb) .... Jumlah simpanan tu tak kiralah sikit ker banyak, yg penting kena menyimpan.... takkan kita dok kerja hari hari semata mata nak bayar duit kat bank(loan, kad kredit etc).....