Tuesday, November 21, 2006

Sim pinjaman ASB untung atau rugi

Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.

Contoh:Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.

Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman——————————————

Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,82 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.

Untung atau rugi?
Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.

Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintainmembayar bulanan kpd loan
————————————————————————————————
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahunadalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000
Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.

Untung pada mata kasar ==> RM 64,64

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’.

Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000
—————————————————————
Kehilangan Keuntungan RM 143,018

Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !

Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adal h untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.

Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.
Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang.

2 comments:

zee patzzi said...

Bagusla coretan anda mengenai 'pinjaman asb untung atau rugi'. at least i ada info coz lately ramai staf bank approach me utk buat pinjaman. but i still prefer simpan sendiri dari buat hutang dgn bank. thank u very much 4 ur tips.

limited said...

yeke rugi??cara A:
mengikut pengiraan saya
JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR
RM731 x 12 BULAN x 20 TAHUN= RM 176902.00

DIVIDEN ANDA DALAM MASA 20 TAHUN
RM7000 X 20 TAHUN = RM 140000.00

JUMLAH PERLU DIBAYAR SELAMA 20 TAHUN
RM 176902- RM 140000=RM 36902

JUMLAH PERLU DIBAYAR SELAMA SETIAP BULAN
RM 36902/240 BULAN= RM 153.76

JUMLAH KEUNTUNGAN SELAMA 20 TAHUN
RM 100000 - RM 36902 = RM 63098

JUMLAH KEUNTUNGAN SETIAP BULAN
RM 63098/240 BULAN = RM 262.91

jika anda tidak mengambil keuntungan dari dividen setiap tahun
anda cuma perlu bayar RM 36902 untuk mendapatkan RM100000 dalam masa 20 tahun