Wednesday, December 06, 2006
Halal atau Haram Pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputera)
Mengikut fatwa negeri Perak dan Kedah, pelaburan dalam ASB adalah harus dan dividennya halal .Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah melabur dalam ASB adalah harus. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal. Mengikut fatwa negeri Kedah dan Perak hukum melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal.
Keputusan Fatwa Negeri Terengganu
Mesyuarat bersetuju menegaskan bahawa sebarang pelaburan yang menyalahi hukum syarak adalah haram. Oleh itu pelaburan dengan mana-mana pihak yang menjalankan urusniaga secara tidak pasti halalnya hendaklah diberhentikan.
Keputusan Fatwa Negeri Selangor
1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :
1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASBKeputusannya :” Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara’ ”
1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya” Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.
Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.
Mengurus kewangan mengikut perspektif Islam
Hak keatas keluarga, orang miskin….Jangan boros
Isra ‘[26] Dan berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros. Isra’ [27]Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Cara mengagihkan wang
Isra’ [28] Dan jika kamu berpaling dari mereka, kerana mencari rezeki dari Tuhanmu yang kamu harapkan, maka ucapkanlah kepada mereka ucapan yang lembut. [29] Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkan dengan sehabis-habisnya, akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela dan menyesal.
Rezeki urusan Allah
Isra [30] Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. [31] Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
Tuesday, December 05, 2006
Bisnes MLM and Internet
When asked on the Tonight Show what he would do if he had to start over again from scratch, Donald Trump stated, “MLM. It is a wonderful combination of being your own boss and being mentored. It has a support system built right in and usually pretty neat products! I was involved with a company for a while and the people were fabulous, products were great and the system of support was wonderful to have. I hear the same is true for many network marketing direct sales companies! I think MLM companies are great!"
Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)" : Donald Trump
Bisnes Internet
"Kuasa internet adalah suatu kuasa yang tidak dapat dibayangkan. Cepat dan tanpa sempadan" : Bill Gates
Pengguna Internet terkini Dunia seramai 1.04 billion, di mana Pengguna dari Asia adalah yang teramai sekali iaitu 380 juta. Pengguna Internet Malaysia adalah 10.04 juta, Indonesia 18 juta, Thailand 8.42 juta, Phillippines 7.82 juta, Taiwan 13.8 juta dan Vietnam 10 juta.
Statistik ini menunjukkan bahawa potensi perniagaan melalui internet semakin berkembang dengan pesat dan pantas. Perkembangan ini sudah tentu akan mengubah gaya dan kehidupan seluruh penduduk dunia. Perniagaan global dan tanpa sempadan melalui internet ini akan terus mendapat perhatian.
Perniagaan internet di Malaysia sedang bermula. Ia akan menjadi semakin rancak dan berkembang dengan pesatnya. Kerajaan adalah penyumbang langsung ke arah ini kerana ia telah dapat menjanakan minat dan kesedaran rakyat dengan melaksanakan e-commerce, e-perolehan, e-covernote, e-hasil, dll.
E-banking dengan diterajui oleh maybank2u.com.my telah membiasakan masyarakat Malaysia dengan internet-banking. Telekom Malaysia berkembang pesat dengan Streamyx Broadband, menawarkan perkhidmatan murah dan pantas tanpa-henti 24 jam semudah menggunakan telefon atau TV Astro.
JANGANLAH KITA MENJADI ORANG YANG SIBUK MENCARI ALASAN, SEDANGKAN ORANG LAIN SIBUK MENCARI WANG BERGERAK PASTAS, BIJAK MENGATASI HALANGAN.